Wednesday, 10 September 2014

Hari ini Hari Khamis

Hari ini adalah hari Khamis,iaitu hari selepas  hari Rabu yakni kedua-dua hari adalah :-


  • hari persekolahan untuk budak-budak sekolah,
  • tak pun hari untuk ke kelas bagi student-student universiti-universiti dan politeknik segala,
  • dan sememangnya hari untuk para pekerja masuk ke tempat kerja untuk memulakan kerja mereka dengan keluh resah yang sememangnya tak akan ada penamatnya.
Manusia-manusia yang tidak bekerja pada hari ini mungkin diorang seorang penganggur seperti aku tak pun hari Khamis merupakan hari cuti diorang. Untungnya.

Hari Khamis di mana timeline Twitter dengan Facebook masing-masing penuh dengan rungutan-rungutan manja betapa diorang berharap hari ini akan berlalu dengan cepat daripada pekerja or students. Dan bertapa mereka sema berharap cuti akan datang mengisi hidup mereka dengan lebih cepat,lama,efektif, dan sebagainya.

Hari Khamis ni pada waktu tengah hari kedai-kedai makan di sekeliling tempat kerja dan belajar akan penuh.Kantin-kantin sekolah sesak. Budak-budak sekolah berebut-berebut dalam barisan panjang di kantin,demi perjuangan membeli makanan dengan cepat sehingga lupa bayar makanan yang dibeli.

Jalanraya akan sesak menjelang jam 5 petang.

Posmen dan budak despatch pejabat segala merugut betapa cuaca hari ini begitu panas dan mereka berharap semoga hari cuti akan datang kepada diorang semua dengan pantas.

Tetapi semesti nya ada yang sedang bercuti bersama ahli keluarga masing-masing *jelesnya.
Tak pun ada budak-budak sekolah mahu pun students yang ponteng sekolah ataupun kelas semata-semata ingin cuti,sekadar berrileks-rileks di rumah sendiri mahupun lepak rumah kawan-kawan. Tak pun berdating-dating dengan aweks,bawak awek pergi pantai lah,pergi kawasan air terjunlah,check-in hotel lah,pergi makan-makanlah,bawak awek pergi memancing lah konon-konon romantik lettew.

Bagi orang yang sedang makan gaji pulak mungkin MC dengan menipu bos yang dia sakit perut sampai tak leh bangun dari  katil lah,padahal sakit perut tipu-tipu,dan mungkin ketika ini pergi ke Genting Highland sekadar melepaskan tension kerja dengan menaiki roller coaster sebanyak 5 kali. Dan tension itu dilepaskan ketika berada dalam roller coaster itu. Dan keesokkannya akan cakap kat kawan-kawan satu pejabat bahawa perutnya masih berasa senak dan kaum yang berlawanan dengan jantinanya akan berasa simpati dan meminta bos untuk memberi cuti lagi kepada dia.

<< Simpati itu mungkin akan datang kalau anda cantik atau handsome atau memegang jawatan agak tinggi dalam pejabat atau perangai anda elok dan tidak annoying >>



-Listening All About You-Hilary Duff


+post ini akan di-edit dari masa ke semasa.harap maklum+